Selamat Maju Jaya Buat Diri Sendiri.

Semalam. Masanya berakhir.


Titik masa yang telah lama aku hitung, dan akhirnya ia tiba jua.

Aku bersyukur.


Selesai kertas terakhir itu, aku turun bawah. Lihat ada yang berteriak tanda merdeka. Ada yang sedih olok-olok tanda selamat tinggal yang terakhir.


Aku taktahu nak rasa apa.


Yang pasti, aku takut. Takut tak mampu menghadapi kehidupan sebenar. Bergantung segalanya pada diri.

Harus mencari sendiri makanan jiwa.
Harus ada cara sendiri mengurus rasa.
Harus lebih peka dengan keadaan semasa.

Jujur, aku takut.


Takut tak lagi disuap.


Ah, persetankan itu.


Ayat aku memang macam jatuhkan semangat diri sendiri. Tapi bukan side itu yang kau harus pandang. Bila kau takut, kau pasti akan lebih berhati-hati.

Berhati-hati melangkah. Tapi jatuh itu biasa. Kau hanya perlu belajar bagaimana untuk bangun semula. Dan terus melangkah mencorak perjalanan yang bakal kau tempuh.


Semalam. Abang aku masuk bilik aku.

"Happy dah habis ?"
"Entah, aku taktahu nak rasa apa. Aku rasa biasa."
"Kau patut gembira dowh."
"Tak nak, lepas tu aku nangis."


Jawapan terakhir aku mungkin atas alasan selalu dimomokkan oleh teman sebilik agar jangan terlalu gembira kelak kau akan menangis pula.

Sebab, hidup itu kan macam roda.




Untuk yang sudah merdeka (konon) , dah boleh lah tarik sehelai A4 dan merancang nak buat apa lepas ni.

Untuk diri sendiri, selamat maju jaya.




1 comment: