Love is in the air


Love is a choice,it’s not magic. There is no such thing as ‘the one'.You are not destined for any relationship other than the one you help create. Spend enough time with another loving person, and biology eventually kicks in. So find someone you really enjoy spending time with, who you don’t feel pressured to impress , someone who makes you feel loved, relaxed, and comfortable in your own skin.

'Walk In Like a Boss'

Masih dalam mood temuduga.




Atau, sesi 'jual diri'.



Like, how you gonna convince people to like you. Aku memang suka bab marketing, tapi kurang sikit la bila harus promote diri sendiri.



Kau kena faham konsep temuduga ni. Kau tahu yang memang berlambak budak bijak dan sememangnya A bersepah-sepah.



Tapi nak cari the one yang high self-esteem dan high level confident tu boleh diumpamakan macam cari jelly warna pink tu dalam coklat black forest.



#1 Kau kena mentally-prepared. Kau disarankan search experience orang-orang terdahulu. Mana tau soalan yang lebih kurang akan ditanya balik pada tahun semasa. Like, prepare for the worst. Buat la research sebanyak mungkin. Make sure jadikan google kawan baik kau.


#2 Wajib datang awal. Sebabnya bila kau datang lambat, bila kau nampak crowd yang ramai yang memang kira lawan kau so mcm kau akn psychologically tercabar. (Aku spesies mudah tercabar)


#3 Make sure semua documents lengkap. Okay ni macam pengalaman aku. Sebab aku memang amik tak endah kalau diorang suruh certify document. Eventhough kau daebak speaking sekalipun tapi document kau macam ke laut, possibility nak diterima agak tergugat.


#4  Your attire. Aku sarankan kau pakai baju yang nampak proper. I mean, warna takdelah terang sangat dan yang penting, kau selesa. Kasut, takpayah la gedik nak pakai heels bagi perempuan, ballerina or flats just okay. Less is more. Yang penting, walk in like a boss.


#5  Speaking skill. Okay ni penting. Kau takpayah risau kalau english kau terabur dan memang slang jawa kau pekat whatsoever, just that kena confident. Dari first question kau kena jawab dengan confident. Dont take too long like ' errm haa ermm'. Nampak lagi proper kau start cakap dgn bismillah. At least, it can reduce your anxious.


#6  Jangan sombong. Masa nak tunggu nama kau dipanggil, kau mesti gelabah tahap apa aku taktau la. So the way nak reduce gelabah kau tu, you really need someone to talk with. Be nice with strangers. Lagipun apa salahnya tegur orang dulu.





** Tadi aku interview cat-acca uitm. Aku actually tak prepare soalan yang dia nak. Tapi jangan risau, kalau this thing happen to u, what u need to do is that, bukak minda luas luas. Soalan tu umum so there'll be no scheme for the right answer. Jawab pakai hati.



Bila difikirkan balik, yeah having a company without an accountant is like having a car without an engine. So today, i have this big vision---




To be the engine.






Resmi padi

"Hiduplah seperti resmi padi. Makin berisi, makin tunduk."Manisnya berjaya itu bila kita dalam mood 'throwback' semua usaha yang kita buat dulu (masa belum berjaya).



Sebenarnya itu satu proses refleksi dalam diri. 


Bila kau berjaya, atau kau sedang berada di puncak tingginya gunung itu, saat itu kau baru lihat betapa panjang dan perihnya perjalanan nak berada dalam posisi yang sekarang.


Ingat lagi, bila saat harus jadi orang yang terakhir tinggalkan bilik belajar, orang yang terakhir masuk tidur, dan ya, orang yang terakhir bangun pagi.



Ingat juga, bila disuruh berdiri saat semua rakan duduk santai atas kerusi masing masing. Cuma yang silap, aku tersengguk bila beliau sedang terangkan apa itu akaun yuran.



Paling sakit saat kau sekolah, adalah sekolah sambil bercinta. Dosa besar kalau kau tak reti nak bahagikan mana satu hal belajar mana satu hal cinta.



Kedua duanya aku panggil komitmen.


Cuma komitmen cinta itu serupa macam kau nampak anjing berwajah bull dog dirumah jiran sebelah engkau dan tak semena mena kau amik batu dan campak dalam kurungan dia.




Carik pasal.




Sepuluh itu tiada makna apa pun. Cuma masih perlu disyukuri sekurang kurangnya aku dah tinggalkan fasa ini dengan rekod yang bukan biasa.





Untuk itu, aku bangga.




"Hiduplah seperti resmi padi. Makin berisi, makin tunduk."




Selamat maju jaya, wahai diri.







Nikmat kegagalan

Kalau kau rasa berjaya itu satu nikmat, dan gagal itu macam bala keramat.


Maksudnya, kau belum kenal siapa Tuhan kau.


Apa kau fikir yang dalam hidup ini direka saja-saja ? Yang rasa kecewa seolah terhina itu dibuat suka-suka ?


Aku belajar sesuatu hari ini, kejayaan yang didukung dengan usaha adalah manis sekali. Tapi lagi lazat dan ya, nikmat bila kau gagal sebelum kecap dan tahu apa itu 'berjaya'.


Aku dah berjaya ?


Belum.


Tapi aku sedang mendaki bukit jaya itu. Biar tersadung dalam perjalanan ke sana nanti, asal aku tahu Tuhan sentiasa punya alasan.


(Aku mengharapkan kebahagiaan menjelma lagi. Mungkin, esok hari.)






Malu juga bila harus menceritakan pengalaman diri pada anak anak nanti yang sememangnya ibu kamu ambil lesen sampai tiga kali.




Bullshit.





Ekspetasi seorang aku

Aku pernah satu masa dulu menjadi seorang yang perfectionist.


Mahu dan akan sentiasa mengharapkan ketidaksempurnaan takkan wujud dalam norma kehidupan sendiri. Aku percaya yang manusia itu fitrahnya tak sempurna. Aku tak tolak secara zahir.

Atau, mungkin (ya)


Tapi mungkin sikap yang takut akan kegagalan sama macam nak semua benda ikut dan seperti apa yang dirancang. Sampai lupa, Tuhan itu ada. Dan hakikatnya kau, bukan siapa-siapa.


Aku jatuh sebab harapan. Sebab harap itu dan ini macam yang sepatutnya. Aku tak prepare andai harapan itu boleh sahaja bakal musnah kalau tidak kena pada caranya.

Aku terlalu yakin, macam nak grab kejayaan sama dengan suap nasi ke mulut sendiri. Mudah, tanpa ada sedikit pun kesulitan.

Aku tak prepare kalau tangan aku patah nanti. Aku tak prepare kalau yang aku bakal makan bukan nasi biasa tapi bubur cair semata.



Lalu aku menangis sendiri. Merengek mencari kesilapan diri. Walaupun terang-terangan salah itu cuma sejengkal dari depan mata, cuma perlukan mata hati untuk dilihat penuh penghayatan lagi.




Sama juga macam expect seorang yang mulia takkan makan guna tangan kiri. Takkan masuk rumah tanpa beri salam. Takkan cakap bongkak mahupun cubaan riak seperti kebanyakannya.



Dan kalaupun fitrah nafsu harus dipuaskan dan ramai juga yang dalam kalangan sama, masih aku tetap dengan pendirian dia pasti lain kerana jujur dia mulia.



Aku ukir pada otak sendiri, dia baik dan seharusnya berbeza dari yang lainnya.





Silap aku, terlalu bongkak akan pendirian sendiri yang dengan tanpa bukti mahupun hujah yang asli. Cuma ditunggangi dengan assumption sendiri dan ekspetasi nonsense tanpa logika yang hakiki.



*tampar diri sendiri*






Kura kura yang berjaya

Bila aku disoal tentang apakah masa depan adalah gambaran dan refleksi dari masa silam, memanglah aku diam aku senyap aku buat tuli aku buat bisu taknak komen tak mahu beri pandangan.


Sebab aku bukan Tuhan.

 Dan bila si Sarah dok bagi comparison between diri dia dan diri orang lain (yang dia rasa jauh lagi sempurna dari dia), pasti suruh pandang diri dia balik. Aku diam.


Sebab dulu pun aku begitu, melihat sisi buruk aku dan bezakan dengan sisi sempurna orang lain sebab masa tu aku rasa loser aku rasa takut.

Pastu dengan lancar nya, aku bilang "kalau lah aku bisa jadi macam dia"



Hidup bukan macam kau lawan siapa lari cepat dia yang menang. Yang macam cerita si arnab dan kura-kura. Kerana ku kira , hidup memang bukan perlawanan dengan orang lain.

Kalau memang iya siapa yang lari cepat dia yang menang maka ku tanya, hai kenapa si kura-kura yang lembab berlari lambat mampu merampas takhta kemenangan ?



Kerana arnab bukan lawan sebenar kura-kura.


Kau nak menang dan jadi juara. Maka perangi sikap negatif diri sendiri. Diri kau lawan kau.

Sampai bila harus menongkat dagu dan sibuk salahkan kekurangan diri sedangkan kau mampu dan boleh berhenti pandang sisi sempurna orang dan terus bangkit bina sisi yang buruk, baiki dan jadi 'the better you'.



Fikir lagi, kalau mahu merungut kenapa orang itu begitu melimpah rezekinya, kau patut bangun sepertiga akhir malam dan ajukan soalan itu pada Tuhan.



Nak murah rezeki, bukan susah.


Cuma kau kena tau caranya.


Book of the month : Mudahnya Menjemput Rezeki


Kongsi bahagia

Selain daripada bagi karipap free kat random people yang kita jumpa atau buat dia rasa kenyang ataupun sekurang-kurangnya buat dia rasa tak lapar. Memang kebaikan rambang sangat.



Bila duduk asrama pulak, makan something yang orang takde contoh macam australian apple and member lain cuma dapat pisang montel dari dewan makan tu pun tepi ada busuk busuk sikit, hidup lagi akan rasa bahagia bila share gigit apple sama sama.


Kita pun bukan hadap sangat apple sekilo yang mak beli tu. So nak buat orang lain rasa bahagia macam kita jugak, kita pun bagi apple termasuk letak sticknote "An apple a day keeps a doctor away". Tengok orang lain senyum happy and just so we know kita la reason disebalik itu semua, apalagi yang kita mahukan ?


Kan ?




Dulu time kat kelas memang suka main sticknote and buat quotes sendiri. Saja buat sebab rasa bahagia diri pandai bermain dengan kata. Bila kawan tanya buat apa, cakap takde apa apa sebab malu buat benda merepek. Pagi esok saja tampal sticknote tu kasi tengok dia hargai tak sticknote kecik yang tak punya harga tu.


Bila dia senyum, taulah dia pun rasa bahagia.


Dulu selalu jugak dapat extra money sebab terlebih saving puasa rejab. Jadi bila hari yang tak puasa terasa nak makan enak sikit. Beli kitkat ala yang mini tu pastu makan dalam kelas.




Bila ada kawan lalu depan meja kita, terus patahkan separuh dan bagi kat dia sebelah. Dia senyum. Oh itulah bahagia.


Bila saja saja jalan sekitar sekolah sebab nak usha crush tiba tiba ada cikgu panggil suruh amik barang dalam kereta dia. Memang excited sebab dapat tolong cikgu. Dalam hati memang mengharapkan habuan pun.





Memang rezeki sangat dapat makan jeruk sebab cikgu baru balik dari kampung dia lah kot. Tak pun isteri dia buat sendiri.


Dulu kat sekolah memang tak rasa behave sangat. Ingat lagi bila makcik Dewan makan pegi buat air banyak sangat sampai tak habis. Terus pegi kutip botol pastu isi penuh penuh supaya satu bilik prep boleh rasa bahagia yang sama.

Rezeki lebih pulak sebab masih banyak lagi lebih. Lepas tu terus pakat pakat nak buat aiskrim sebab esok still boleh kongsi bahagia yang sama lagi dan lagi.



Happy sungguh bila semua berebut rebut nak rasa aiskrim yang kita buat padahal diorang taktau pun tu air lebihan malam tadi punya menu. Hiks.


Budak asrama memang desperate sikit bila part makan. Lagi lagi bila hujung minggu sebab mak jarang datang so selalu mengharap makanan orang. Memang tak senonoh.



Tapi part makanan memang kawan kawan banyak memahami. Dia tau kita tak makan sayur jadi dia tukar dengan udang yang dia ada. Dua dua rasa bahagia.

Kalau bab pelajaran, kita memang tak dianugerahkan bijak untuk semua subjek. Tapi tetap dapat kongsi bahagia bila saling tukar kelebihan yang dia ada.


Kita tolong dia betulkan grammar dan bagi vocab yang best sikit dan sebagai tukaran dia checkkan kenapa imbangan duga kita balance dan lagi baik terus betulkan mana yang silap.



Jujur, aku bukan orang yang pantas nak definisikan bahagia. Cukup dengan buat orang tersenyum aku rasa bahagia.


Bersempena dengan result spm yang bakal menjelma, aku mahu kongsi lagi bahagia dengan orang lain. Mahu lihat orang lain tersenyum dan tersengih dengan kejayaan magis aku.


Sekian.



Ps : As for now masing buat hal sendiri. Ada yang sibuk bekerja tak kurang juga yang masih mencari baja yang baik untuk tanaman anggur yang sihat. Cukuplah dengan ucapan selamat malam yang dua perkataan tak lebih tu, kita tau kita masih punya kawan yang..selalu ingat kita.