Kongsi bahagia

Selain daripada bagi karipap free kat random people yang kita jumpa atau buat dia rasa kenyang ataupun sekurang-kurangnya buat dia rasa tak lapar. Memang kebaikan rambang sangat.



Bila duduk asrama pulak, makan something yang orang takde contoh macam australian apple and member lain cuma dapat pisang montel dari dewan makan tu pun tepi ada busuk busuk sikit, hidup lagi akan rasa bahagia bila share gigit apple sama sama.


Kita pun bukan hadap sangat apple sekilo yang mak beli tu. So nak buat orang lain rasa bahagia macam kita jugak, kita pun bagi apple termasuk letak sticknote "An apple a day keeps a doctor away". Tengok orang lain senyum happy and just so we know kita la reason disebalik itu semua, apalagi yang kita mahukan ?


Kan ?




Dulu time kat kelas memang suka main sticknote and buat quotes sendiri. Saja buat sebab rasa bahagia diri pandai bermain dengan kata. Bila kawan tanya buat apa, cakap takde apa apa sebab malu buat benda merepek. Pagi esok saja tampal sticknote tu kasi tengok dia hargai tak sticknote kecik yang tak punya harga tu.


Bila dia senyum, taulah dia pun rasa bahagia.


Dulu selalu jugak dapat extra money sebab terlebih saving puasa rejab. Jadi bila hari yang tak puasa terasa nak makan enak sikit. Beli kitkat ala yang mini tu pastu makan dalam kelas.




Bila ada kawan lalu depan meja kita, terus patahkan separuh dan bagi kat dia sebelah. Dia senyum. Oh itulah bahagia.


Bila saja saja jalan sekitar sekolah sebab nak usha crush tiba tiba ada cikgu panggil suruh amik barang dalam kereta dia. Memang excited sebab dapat tolong cikgu. Dalam hati memang mengharapkan habuan pun.





Memang rezeki sangat dapat makan jeruk sebab cikgu baru balik dari kampung dia lah kot. Tak pun isteri dia buat sendiri.


Dulu kat sekolah memang tak rasa behave sangat. Ingat lagi bila makcik Dewan makan pegi buat air banyak sangat sampai tak habis. Terus pegi kutip botol pastu isi penuh penuh supaya satu bilik prep boleh rasa bahagia yang sama.

Rezeki lebih pulak sebab masih banyak lagi lebih. Lepas tu terus pakat pakat nak buat aiskrim sebab esok still boleh kongsi bahagia yang sama lagi dan lagi.



Happy sungguh bila semua berebut rebut nak rasa aiskrim yang kita buat padahal diorang taktau pun tu air lebihan malam tadi punya menu. Hiks.


Budak asrama memang desperate sikit bila part makan. Lagi lagi bila hujung minggu sebab mak jarang datang so selalu mengharap makanan orang. Memang tak senonoh.



Tapi part makanan memang kawan kawan banyak memahami. Dia tau kita tak makan sayur jadi dia tukar dengan udang yang dia ada. Dua dua rasa bahagia.

Kalau bab pelajaran, kita memang tak dianugerahkan bijak untuk semua subjek. Tapi tetap dapat kongsi bahagia bila saling tukar kelebihan yang dia ada.


Kita tolong dia betulkan grammar dan bagi vocab yang best sikit dan sebagai tukaran dia checkkan kenapa imbangan duga kita balance dan lagi baik terus betulkan mana yang silap.



Jujur, aku bukan orang yang pantas nak definisikan bahagia. Cukup dengan buat orang tersenyum aku rasa bahagia.


Bersempena dengan result spm yang bakal menjelma, aku mahu kongsi lagi bahagia dengan orang lain. Mahu lihat orang lain tersenyum dan tersengih dengan kejayaan magis aku.


Sekian.



Ps : As for now masing buat hal sendiri. Ada yang sibuk bekerja tak kurang juga yang masih mencari baja yang baik untuk tanaman anggur yang sihat. Cukuplah dengan ucapan selamat malam yang dua perkataan tak lebih tu, kita tau kita masih punya kawan yang..selalu ingat kita.