Resmi padi

"Hiduplah seperti resmi padi. Makin berisi, makin tunduk."Manisnya berjaya itu bila kita dalam mood 'throwback' semua usaha yang kita buat dulu (masa belum berjaya).



Sebenarnya itu satu proses refleksi dalam diri. 


Bila kau berjaya, atau kau sedang berada di puncak tingginya gunung itu, saat itu kau baru lihat betapa panjang dan perihnya perjalanan nak berada dalam posisi yang sekarang.


Ingat lagi, bila saat harus jadi orang yang terakhir tinggalkan bilik belajar, orang yang terakhir masuk tidur, dan ya, orang yang terakhir bangun pagi.



Ingat juga, bila disuruh berdiri saat semua rakan duduk santai atas kerusi masing masing. Cuma yang silap, aku tersengguk bila beliau sedang terangkan apa itu akaun yuran.



Paling sakit saat kau sekolah, adalah sekolah sambil bercinta. Dosa besar kalau kau tak reti nak bahagikan mana satu hal belajar mana satu hal cinta.



Kedua duanya aku panggil komitmen.


Cuma komitmen cinta itu serupa macam kau nampak anjing berwajah bull dog dirumah jiran sebelah engkau dan tak semena mena kau amik batu dan campak dalam kurungan dia.




Carik pasal.




Sepuluh itu tiada makna apa pun. Cuma masih perlu disyukuri sekurang kurangnya aku dah tinggalkan fasa ini dengan rekod yang bukan biasa.





Untuk itu, aku bangga.




"Hiduplah seperti resmi padi. Makin berisi, makin tunduk."




Selamat maju jaya, wahai diri.







Nikmat kegagalan

Kalau kau rasa berjaya itu satu nikmat, dan gagal itu macam bala keramat.


Maksudnya, kau belum kenal siapa Tuhan kau.


Apa kau fikir yang dalam hidup ini direka saja-saja ? Yang rasa kecewa seolah terhina itu dibuat suka-suka ?


Aku belajar sesuatu hari ini, kejayaan yang didukung dengan usaha adalah manis sekali. Tapi lagi lazat dan ya, nikmat bila kau gagal sebelum kecap dan tahu apa itu 'berjaya'.


Aku dah berjaya ?


Belum.


Tapi aku sedang mendaki bukit jaya itu. Biar tersadung dalam perjalanan ke sana nanti, asal aku tahu Tuhan sentiasa punya alasan.


(Aku mengharapkan kebahagiaan menjelma lagi. Mungkin, esok hari.)






Malu juga bila harus menceritakan pengalaman diri pada anak anak nanti yang sememangnya ibu kamu ambil lesen sampai tiga kali.




Bullshit.





Ekspetasi seorang aku

Aku pernah satu masa dulu menjadi seorang yang perfectionist.


Mahu dan akan sentiasa mengharapkan ketidaksempurnaan takkan wujud dalam norma kehidupan sendiri. Aku percaya yang manusia itu fitrahnya tak sempurna. Aku tak tolak secara zahir.

Atau, mungkin (ya)


Tapi mungkin sikap yang takut akan kegagalan sama macam nak semua benda ikut dan seperti apa yang dirancang. Sampai lupa, Tuhan itu ada. Dan hakikatnya kau, bukan siapa-siapa.


Aku jatuh sebab harapan. Sebab harap itu dan ini macam yang sepatutnya. Aku tak prepare andai harapan itu boleh sahaja bakal musnah kalau tidak kena pada caranya.

Aku terlalu yakin, macam nak grab kejayaan sama dengan suap nasi ke mulut sendiri. Mudah, tanpa ada sedikit pun kesulitan.

Aku tak prepare kalau tangan aku patah nanti. Aku tak prepare kalau yang aku bakal makan bukan nasi biasa tapi bubur cair semata.



Lalu aku menangis sendiri. Merengek mencari kesilapan diri. Walaupun terang-terangan salah itu cuma sejengkal dari depan mata, cuma perlukan mata hati untuk dilihat penuh penghayatan lagi.




Sama juga macam expect seorang yang mulia takkan makan guna tangan kiri. Takkan masuk rumah tanpa beri salam. Takkan cakap bongkak mahupun cubaan riak seperti kebanyakannya.



Dan kalaupun fitrah nafsu harus dipuaskan dan ramai juga yang dalam kalangan sama, masih aku tetap dengan pendirian dia pasti lain kerana jujur dia mulia.



Aku ukir pada otak sendiri, dia baik dan seharusnya berbeza dari yang lainnya.





Silap aku, terlalu bongkak akan pendirian sendiri yang dengan tanpa bukti mahupun hujah yang asli. Cuma ditunggangi dengan assumption sendiri dan ekspetasi nonsense tanpa logika yang hakiki.



*tampar diri sendiri*






Kura kura yang berjaya

Bila aku disoal tentang apakah masa depan adalah gambaran dan refleksi dari masa silam, memanglah aku diam aku senyap aku buat tuli aku buat bisu taknak komen tak mahu beri pandangan.


Sebab aku bukan Tuhan.

 Dan bila si Sarah dok bagi comparison between diri dia dan diri orang lain (yang dia rasa jauh lagi sempurna dari dia), pasti suruh pandang diri dia balik. Aku diam.


Sebab dulu pun aku begitu, melihat sisi buruk aku dan bezakan dengan sisi sempurna orang lain sebab masa tu aku rasa loser aku rasa takut.

Pastu dengan lancar nya, aku bilang "kalau lah aku bisa jadi macam dia"



Hidup bukan macam kau lawan siapa lari cepat dia yang menang. Yang macam cerita si arnab dan kura-kura. Kerana ku kira , hidup memang bukan perlawanan dengan orang lain.

Kalau memang iya siapa yang lari cepat dia yang menang maka ku tanya, hai kenapa si kura-kura yang lembab berlari lambat mampu merampas takhta kemenangan ?



Kerana arnab bukan lawan sebenar kura-kura.


Kau nak menang dan jadi juara. Maka perangi sikap negatif diri sendiri. Diri kau lawan kau.

Sampai bila harus menongkat dagu dan sibuk salahkan kekurangan diri sedangkan kau mampu dan boleh berhenti pandang sisi sempurna orang dan terus bangkit bina sisi yang buruk, baiki dan jadi 'the better you'.



Fikir lagi, kalau mahu merungut kenapa orang itu begitu melimpah rezekinya, kau patut bangun sepertiga akhir malam dan ajukan soalan itu pada Tuhan.



Nak murah rezeki, bukan susah.


Cuma kau kena tau caranya.


Book of the month : Mudahnya Menjemput Rezeki