Monolog diri

Mengenal insan-insan tak berdosa, jujur aku rasa mulia. Dikelilingi hilal tawa tanpa noda, jujur aku rasa gembira.


Walaupun, aku kurang selesa dipaksa melakukan benda yang aku tak cinta.


Aku belajar manusia itu bermuka-muka.

Kadangkala aku kurang faham bila seorang manusia itu mampu tersenyum mulia padahal dalam hatinya penuh dendam kesumat yang bermaharajalela. Cerdik akalnya, menutup kebodohan hati dengan kemuliaan diri.

Aku juga belajar yang setiap manusia itu punya cerita sendiri.

Sama ada kau mahu tahu atau tidak, kau yang pilih. Justifikasi jatuh hukum valid jika kau faham mengapa dia buat begini dan begitu. Tapi yang utama, cerita disebalik mereka, yang kau perlu ambil tahu. Baru tidak songsang sisi pandangan kau.

Aku belajar erti syukur.

Andaikan kau dipaksa melakukan suatu yang kau tak cinta, biarkan saja. Lalui dengan hati lapang dan jiwa terbuka, kelak kau faham yang ada cinta yang kau harus hargai. Sisi utamanya, bersyukur dengan apa yang kau miliki. Kelak, kau bakal jumpa dengan lapangan hidup yang jauh lebih menyenangkan.

Aku belajar untuk menjadi kuli.

Harus bermula dari bawah. Fokus untuk menjadi yang teratas tapi simetri tempat kau berdiri sekarang yang mengukur sejauh mana kau bakal pergi. Jangan khuatir jika jatuh, kerana itu permulaan untuk melangkah lebih pantas lagi. 



Kadangkala belajar tanpa silibus jauh lebih menyenangkan. 


Selamat maju jaya lebih lagi untuk diri sendiri.




No comments:

Post a Comment