Pasif

"Boleh tak kau layan je keadaan kau yang sekarang ini ?"
"Kau sedih, kau nangis je la. Kau marah, kau nangis jugak la."

Monolog lagi.


Tersedar yang aku dah kurang bercakap. Ini serius. Bersosial, bersosial jugak. Tapi bersosial secara pasif di laman sosial.

Melihat perkembangan manusia, dan bermonolog lebih banyak lagi.

Esok lusa, boleh jadi gila kalau berterusan begini.

Capai phone, inbox kosong. Semua medium, kosong.

Kenapa jadi macam ni ?

Rasa gersang, rasa kontang. Rasa macam nak keluar sorang-sorang, pergi jauh dan jumpa ramai orang.

Desperate.

Bila hilang tempat berdialog, semua masalah aku buat lupa. Aku tutup telinga. Aku pendam lalu, aku diam. Sampai satu tahap aku dah tak sanggup lagi.

Bila aku jadi begini, aku mulai sedar satu benda. Benar, aku dah hilang tempat aku luah dulu. Tapi dari sisi yang lain, aku mulai membuka telinga dan pinjamkan bahu untuk orang lain pula.

Mungkin bukan responden yang sempurna, tapi cukup untuk menjadi good listener yang memang diakui semua. Makin banyak bonding time dengan mama, makin rasa mulia bila pandangan aku orang terima.


Macam biasa, rutin harian mengadap budak Nurin tu jawab soalan buku latihan dia. Rajin betul dia. Hari ni soalan matematik.

"Nurin, kakak rasa soalan ni susah lah. Kita pergi soalan lain pulak lah."
"Kalau kakak rasa susah, susahlah. Kalau kakak rasa senang, senang lah."


Aku diam.




Tidak sengaja

Kerana tinta tangan aku dah banyak kali memakan diri, memakan hati Si pendengar yang merasakan aku sedang memerli.


Padahal jujur dari hati, hanya sekadar idea kosong yang pinta untuk berinovasi.

Aku banyak buat silap dengan orang, sampai satu tahap aku tak mahu lagi berhubung dengan orang ramai. Hanya sekadar teman rapat yang memang tanpa mereka, aku umpama hilang tangan dan kaki.

Pernah suatu ketika bila aku terlalu berlembut bicara, hanya menggunakan perkataan yang indah sahaja, aku disalah erti.

Tapi, aku tak sengaja.

Pernah juga aku berkasar dalam berbahasa seperti orang yang tiada budi pekerti, bercakap ikut suka hati. Tapi jujur ketika itu, aku pasti kelembutan tidak berfungsi lagi.

Tapi, aku tak sengaja.

Lalu dapat aku simpulkan, aku tak boleh ikut suka diri bila berbahasa. Lihat dengan siapa aku berkata, baru kita simpulkan bagaimana mahu bercerita.

Entri ini ditulis kerana aku dengan tidak sengaja telah tertekan 'butang favourite' ketika melakukan kerja-kerja stalking  sebentar tadi.



Shit betul.


Tapi, aku tak sengaja.

Gelakkan diri sendiri.



Kantoi.

Monolog diri

Mengenal insan-insan tak berdosa, jujur aku rasa mulia. Dikelilingi hilal tawa tanpa noda, jujur aku rasa gembira.


Walaupun, aku kurang selesa dipaksa melakukan benda yang aku tak cinta.


Aku belajar manusia itu bermuka-muka.

Kadangkala aku kurang faham bila seorang manusia itu mampu tersenyum mulia padahal dalam hatinya penuh dendam kesumat yang bermaharajalela. Cerdik akalnya, menutup kebodohan hati dengan kemuliaan diri.

Aku juga belajar yang setiap manusia itu punya cerita sendiri.

Sama ada kau mahu tahu atau tidak, kau yang pilih. Justifikasi jatuh hukum valid jika kau faham mengapa dia buat begini dan begitu. Tapi yang utama, cerita disebalik mereka, yang kau perlu ambil tahu. Baru tidak songsang sisi pandangan kau.

Aku belajar erti syukur.

Andaikan kau dipaksa melakukan suatu yang kau tak cinta, biarkan saja. Lalui dengan hati lapang dan jiwa terbuka, kelak kau faham yang ada cinta yang kau harus hargai. Sisi utamanya, bersyukur dengan apa yang kau miliki. Kelak, kau bakal jumpa dengan lapangan hidup yang jauh lebih menyenangkan.

Aku belajar untuk menjadi kuli.

Harus bermula dari bawah. Fokus untuk menjadi yang teratas tapi simetri tempat kau berdiri sekarang yang mengukur sejauh mana kau bakal pergi. Jangan khuatir jika jatuh, kerana itu permulaan untuk melangkah lebih pantas lagi. 



Kadangkala belajar tanpa silibus jauh lebih menyenangkan. 


Selamat maju jaya lebih lagi untuk diri sendiri.




Rawak

Aku lebih banyak menghitung hari sejak kebelakangan ni. Menunggu masa berputar dengan laju. Tapi aku tak pasti apa sebenarnya yang aku tunggu.


Mungkin rupa masa depan yang aku craving sangat nak tahu tu.


Semalam bila abang aku cakap pasal rezeki, aku sebak. Banyak rupanya nikmat Tuhan yang aku kabur pura-pura tak jumpa atau tak nampak.

Bila aku dapat satu ilmu baru, aku terus berfikir "oh, banyak lagi rupanya yang aku tak tahu."


Aku sebak bukan pasal cerita tu sedih sangat atau apa, cumanya hati aku tengah lembut. Aku sedang memburu sesuatu yang aku dah lama hilang. Aku tak pasti, tapi terus mencari.

Mana tahu, aku bakal ketemu secara rawak.

Betul lah kata orang, buku pun kata yang sama, hidup ini memerlukan 'give and take'. Samalah juga perihalnya dengan prinsip rezeki dari Tuhan.


Semakin banyak kau beri, lebih banyak lagi Tuhan bakal bagi.

Hari ini aku mudahkan kerja orang, esok nanti Allah mudahkan kerja aku. Rezeki orang sana kerjanya dipermudahkan hari ini. Esok lusa belum tahu lagi, tapi harus percaya Tuhan itu adil pemberiannya.


Aku bersyukur dengan apa yang aku lalui sekarang. Lihat ke hadapan ada teman rapat disisi, lihat ke kiri ada mama yang sentiasa cuba memahami. Jenguk ke kanan, insan istimewa itu masih tidak berganjak lari. Toleh ke belakang, semua yang aku sayang masih tersenyum tanda support dari hati.


Paling penting, Allah yang agung yang sentiasa menunggu aku kembali mengabdikan diri.


Aku harus selalu diingatkan tentang kewujudan insan-insan ini.
Aku harus selalu diingatkan prinsip diri yang merantai hati.
Paling utama, aku harus selalu diingatkan Allah itu maha mengasihani dan pintu taubat tak pernah tutup untuk aku yang ingin kembali.


Agar dengannya, aku bersedia menghadapi mati.


Aku tulis dari hati, bukan emosi yang berkehendakkan justifikasi dari orang yang memerhati.


Sekian, maaf salah silap.









Bukan Itu Jawapannya

Kau pernah tak, duduk sorang-sorang dan tiba-tiba kau menyedari yang selama ni apa yang kau buat...

Salah.


Kau dah jauh menyimpang dari apa yang sepatutnya. Tapi kau samar bila ada yang bertanya apa yang sepatutnya. Atau, kau dah tau tapi pura-pura buat tak tahu. Buat tak faham.


Atau, kau terlalu ego nak menangkan apa yang kau pegang. Taknak terima yang lain, kau aje yang betul.


Kau risau kalau yang selama ini semua salah. Kau risau kau dah buat silap. Kau tak tahu nak mula dari mana semula. 


Kau rendahkan hati, tanya pada yang lain, 

"Aku dah buat silap ke ?"
"Kau kena ingat dari mula dulu, apa yang sebenarnya tujuan kau."

Tapi Itu bukan jawapannya.



Tujuan tu barang kali salah. Pasti, sentiasa ada kebarangkalian ia salah. Sebab aku bukan Tuhan. Permukaannya memang silap tapi dasarnya hanya tujuan aku yang bezakan terma nya dengan yang lain punya.


Nak kata versi aku lain ? 




Lain tu betul ke ? 

Keseimbangan dunia dan akhirat. Dosa yang terang nyata boleh di tutup dengan Ibadah yang siang pagi dan malam tak henti tu ke ?


Aku tak tahu. Sebab aku bukan alim ulamak. 


Cumanya, aku berharap satu je sekarang. 

Ketenangan hati yang tidak berbelah bagi.




Selamat Maju Jaya Buat Diri Sendiri.

Semalam. Masanya berakhir.


Titik masa yang telah lama aku hitung, dan akhirnya ia tiba jua.

Aku bersyukur.


Selesai kertas terakhir itu, aku turun bawah. Lihat ada yang berteriak tanda merdeka. Ada yang sedih olok-olok tanda selamat tinggal yang terakhir.


Aku taktahu nak rasa apa.


Yang pasti, aku takut. Takut tak mampu menghadapi kehidupan sebenar. Bergantung segalanya pada diri.

Harus mencari sendiri makanan jiwa.
Harus ada cara sendiri mengurus rasa.
Harus lebih peka dengan keadaan semasa.

Jujur, aku takut.


Takut tak lagi disuap.


Ah, persetankan itu.


Ayat aku memang macam jatuhkan semangat diri sendiri. Tapi bukan side itu yang kau harus pandang. Bila kau takut, kau pasti akan lebih berhati-hati.

Berhati-hati melangkah. Tapi jatuh itu biasa. Kau hanya perlu belajar bagaimana untuk bangun semula. Dan terus melangkah mencorak perjalanan yang bakal kau tempuh.


Semalam. Abang aku masuk bilik aku.

"Happy dah habis ?"
"Entah, aku taktahu nak rasa apa. Aku rasa biasa."
"Kau patut gembira dowh."
"Tak nak, lepas tu aku nangis."


Jawapan terakhir aku mungkin atas alasan selalu dimomokkan oleh teman sebilik agar jangan terlalu gembira kelak kau akan menangis pula.

Sebab, hidup itu kan macam roda.




Untuk yang sudah merdeka (konon) , dah boleh lah tarik sehelai A4 dan merancang nak buat apa lepas ni.

Untuk diri sendiri, selamat maju jaya.