Kura kura yang berjaya

Bila aku disoal tentang apakah masa depan adalah gambaran dan refleksi dari masa silam, memanglah aku diam aku senyap aku buat tuli aku buat bisu taknak komen tak mahu beri pandangan.


Sebab aku bukan Tuhan.

 Dan bila si Sarah dok bagi comparison between diri dia dan diri orang lain (yang dia rasa jauh lagi sempurna dari dia), pasti suruh pandang diri dia balik. Aku diam.


Sebab dulu pun aku begitu, melihat sisi buruk aku dan bezakan dengan sisi sempurna orang lain sebab masa tu aku rasa loser aku rasa takut.

Pastu dengan lancar nya, aku bilang "kalau lah aku bisa jadi macam dia"



Hidup bukan macam kau lawan siapa lari cepat dia yang menang. Yang macam cerita si arnab dan kura-kura. Kerana ku kira , hidup memang bukan perlawanan dengan orang lain.

Kalau memang iya siapa yang lari cepat dia yang menang maka ku tanya, hai kenapa si kura-kura yang lembab berlari lambat mampu merampas takhta kemenangan ?



Kerana arnab bukan lawan sebenar kura-kura.


Kau nak menang dan jadi juara. Maka perangi sikap negatif diri sendiri. Diri kau lawan kau.

Sampai bila harus menongkat dagu dan sibuk salahkan kekurangan diri sedangkan kau mampu dan boleh berhenti pandang sisi sempurna orang dan terus bangkit bina sisi yang buruk, baiki dan jadi 'the better you'.



Fikir lagi, kalau mahu merungut kenapa orang itu begitu melimpah rezekinya, kau patut bangun sepertiga akhir malam dan ajukan soalan itu pada Tuhan.



Nak murah rezeki, bukan susah.


Cuma kau kena tau caranya.


Book of the month : Mudahnya Menjemput Rezeki


No comments:

Post a Comment