Ekspetasi seorang aku

Aku pernah satu masa dulu menjadi seorang yang perfectionist.


Mahu dan akan sentiasa mengharapkan ketidaksempurnaan takkan wujud dalam norma kehidupan sendiri. Aku percaya yang manusia itu fitrahnya tak sempurna. Aku tak tolak secara zahir.

Atau, mungkin (ya)


Tapi mungkin sikap yang takut akan kegagalan sama macam nak semua benda ikut dan seperti apa yang dirancang. Sampai lupa, Tuhan itu ada. Dan hakikatnya kau, bukan siapa-siapa.


Aku jatuh sebab harapan. Sebab harap itu dan ini macam yang sepatutnya. Aku tak prepare andai harapan itu boleh sahaja bakal musnah kalau tidak kena pada caranya.

Aku terlalu yakin, macam nak grab kejayaan sama dengan suap nasi ke mulut sendiri. Mudah, tanpa ada sedikit pun kesulitan.

Aku tak prepare kalau tangan aku patah nanti. Aku tak prepare kalau yang aku bakal makan bukan nasi biasa tapi bubur cair semata.



Lalu aku menangis sendiri. Merengek mencari kesilapan diri. Walaupun terang-terangan salah itu cuma sejengkal dari depan mata, cuma perlukan mata hati untuk dilihat penuh penghayatan lagi.




Sama juga macam expect seorang yang mulia takkan makan guna tangan kiri. Takkan masuk rumah tanpa beri salam. Takkan cakap bongkak mahupun cubaan riak seperti kebanyakannya.



Dan kalaupun fitrah nafsu harus dipuaskan dan ramai juga yang dalam kalangan sama, masih aku tetap dengan pendirian dia pasti lain kerana jujur dia mulia.



Aku ukir pada otak sendiri, dia baik dan seharusnya berbeza dari yang lainnya.





Silap aku, terlalu bongkak akan pendirian sendiri yang dengan tanpa bukti mahupun hujah yang asli. Cuma ditunggangi dengan assumption sendiri dan ekspetasi nonsense tanpa logika yang hakiki.



*tampar diri sendiri*






No comments:

Post a Comment