Dan ketika matahari hampir mahu terbenamkan dirinya
Aku masih sendiri
Termenung jauh seolah mencari erti
Untuk bernafas satu purnama lagi
Atau terus lama-- apa ertinya
Kau bisa berhenti berlari-lari
Atau terus mati padam dalam mimpi kau sendiri
Tapi kau masih mahu bernafas untuk seribu alasan
Alangkah kuat! Alangkah utuh!
Hidup akan terus menjadi musuh, bercanda dalam gimiknya tersendiri
Sekurangnya kau tahu hari ini akan pergi, dan hari esok bakal menjelma dalam epik yang kau sentiasa mahu hapus momento buruk dan terus hidup dalam asingnya kedamaian
Dan lapangnya kebahagiaan.
Menjelang ghurub mentari sore ini-- dan aku sudah hampir mahu tenggelam.
No comments:
Post a Comment