jeritan rawak

kata orang; buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.


tapi bagi aku, buat baik berpada-pada, buat jahat pun berpada-padalah jugaklah. Kita ni orang kebanyakan, jadi kita memang takde benda lain nak buat selain terima, disuap, dan menguap sekali-sekala. Kadang-kadang, jadi pelajar di lubuk terengganu sana yang jauh dari pembandaran apatah lagi berkenderaan, memang buatkan kau jadi tuli dan pekak sementara. Kau semacam tak kisah dah jadinya, kau baca tapi kau tak condemn banyak. Sebab; kau tak rasa.


Bila balik kampung, by which halaman asal kau yang sememangnya di bandar yang bila kau keluar rumah jarang sekali berjalan kaki. kau jadi 'berasa' semula; yang itu sini sana naik memang 'no joke'. Kau cuma terfikir, apa guna kau belajar ekonomi bab 'government intervention' chapter tiga muka surat start 145 hinggalah 156 yang mengagung-agungkan government sebagai otoriti terpaling power  mewujudkan sebuah negara bangsa yang berjaya terutama dari segi ekonomi adalah sebenarnya theory paling loser buat tanah air sendiri.

Blunt but true, here comes to the era of government in no longer the best authority to tell us what's the best and what's not. Jadinya sebagai rakyat marhaen yang bercita-cita satu hari nanti mahu melihat tampuk pemerintahan negara ini lebih efektif dari yang sekarang, wajarlah aku yang tiada punya apa apa ini merayukan akan 'pembaharuan'. Bukan lagi, peluang sesudah peluang yang habisnya nanti rakyat tergadai hak bangsa terhapus. Kita ini memanglah tiada punya apa apa, belajar juga belum habis. Tapi bila hak demi hak kita di tarik dan di-charge lebih dari yang sepatutnya, kita jadi marah. Lawak tapi memang betul, kita bukan jepun. Yang naik public transport itu adalah datangnya dari populasi student-student yang masih tiada punya pendapatan sendiri, marhaen yang berpendapatan rendah dan kurang mampu berkereta. Jadi bila yang ini juga diganggu kita jadi marah.


Soal hak anak bangsa yang sepatutnya lebih luas dan terbuka untuk berpendidikan tinggi seinci lebih dari awan juga diganggu oleh hal yang tidak-tidak; kita jadi marah. Kuota student ke universiti luar negara diganggu dan di-short populatedkan pun buat kita jadi marah. Sudahnya begitu, datang pula statement umpama mencurah air didaun keladi seperti jangan belanja lebih, baju raya jangan banyak sangat, 2-3 pasang sudah cukup, makan nasi goreng gst sudah memadai, dan buat dua kerja amat disarankan memang buat kita jadi lagi marah.

Isu dia sekarang, si pengata itu gantang di besar sebesar alam. Nasihat itu tak ubah cumalah seperti suatu pandangan yang kotor dan bertunjang tiada. Maka sudahnya, terus-terusan lah kami melukut di tepi gantang kami yang sekangkang kera cuma kalau nak dibandingkan dengan yang tuan punya. Apalah sama.


Bukan nak kata apa, dulu orang selalu bilang yang pelajar dan mahasiswa adalah suatu gelombang maha power yang pandangan mereka harus di-consider dan mereka ini boleh disifatkan sebagai suatu golongan yang 'we can rely on' dalam membela nasib anak bangsa. Tapi sepertinya, era itu juga sudah berakhir. Suara suara lantang yang mahu bercerita dan berpandangan juga disekat malah di label kencang sebagai pendosa yang berniat memporak-perandakan bahtera tanah air sendiri. Sampai satu tahap; kau dah malas. Kau dah malas nak ambil tahu dan akhirnya kau diam.


Sama macam katak yang dah merajuk sebab hujan tak turun turun, kau dah malas amik tahu.



i'm telling you now;


Impak paling besar kepada negara adalah dengan ter-updatenya entri ini, yang kau tahu suara kau tiada siapa mahu dengarkan. Dan yakin juga kau, entri ini tidak akan dibaca apatah lagi di-consider. Tidak cukup dengan itu, ramai juga akan meluahkan ketidak puashatian sekadar sebagai suatu tweet yang probability dibaca berdasarkan jumlah retweet, takpun hanyalah sebagai caption-caption tidak bersuara di laman instagram. Dan lebih mengejutkan, orang seperti penulis penulisan-penulisan tersebut bukan satu cuma.













No comments:

Post a Comment